Isnin, Jun 28, 2010

Performance Sehingga Akhir Bulan June 2010

Gambar Vs Uni of Nottingham









Match Report: BSS FC 1 Staff & Students Nottingham Uni 4



BSS FC mengekalkan trend kalahnya setelah tumpas 1-4 kepada pasukan gabungan staff dan students University of Nottingham. Tiada apa yg hendak diperkatakan hanya permainan BSS FC masih ditahap lama. Lawan BSS FC kali ini sama taraf permainannya dengan BSS FC. Jadi saya tercari-cari sebab mengapa BSS FC kalah lagi kali ini....Dibawah adalah alasan2 yg saya rasa boleh digunakan untuk meng"explain"kan kekalahan BSS FC kali...

1. Padang tidak rata dan rumput panjang. Ini menyukarkan pemain2 BSS FC yg amat "skilful" untuk mengawal bola dan mengelecek pehak lawan. Sdr Fadhil ada berkata " padang adalah struktur asas permainan bola". Jadi tidak hairanlah kalau BSS FC gagal menyesuaikan diri dengan keadaan padang yg sebegitu.

2. Players tak cukup tidur...semalam berjaga tengok "world cup". Jadi players ramai lesu dan tidak bermaya untuk mengejar bola. Ini ditambahkan lagi dengan kedudukkan padang di aras tinggi (atas Bukit) yg udaranya nipis... menyukarkan lagi penafasan sempurna.

3. Players kurang tumpuan kerana ingin balik cepat untuk menyaksikan world cup England lawan German.

4. Bola yg digunakan dalam perlawanan tidak mengikut piawaian FIFA. Pergerakan bola sering mengelirukan player BSS FC. Dengan itu player BSS FC gagal mengawal kemas bola tersebut dan sering membuat hantaran dan cubaan yg tersasar.

Sekian terima kasih.....

P/S: Lapuran diatas adalah khayalan penulis semata-mata, tiada kaitannya dengan perlawanan semalam ataupun perlawanan2 sebelumnya ☺

Ahad, Jun 20, 2010

Gambar Perlawanan Menentang Bangi Sec 8












Match Report: BSS FC 0 Bangi Sec 8 6



Perlawanan menetang pasukan Bandar Baru Bangi Section 8 berkesudahan dengan kekalahan 6-0. Pasukan BB Bangi yg muda-muda nampak lebih bertenaga dan pantas banyak menguasai permainan. Permainan mereka lebih tersusun dan dandingan antara pemain kemas. Maka tidak hairanlah mereka memenangi perlawanan yg diadakan pada petang Sabtu itu.
Pintu gol BSS FC bolos seawal minit ke 10 lagi. Kepantasan pemain muda lawan dengan senang memintas dan mengatasi pertahanan veteran BSS FC. Walaupun kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama, tetapi pintu gol BSS FC hampir beberapa kali dibolos lagi. Namun ketumpulan barisan penyerang lawan yg menghalang Bangi dari mendahului dengan lebih selesa. BSS FC juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi gagal memanafaatkan peluang yg dihasilkan. Terutamanya striker bila berdepan dengan penjaga gol lawan “one-by-one” gagal menyudahkan peluang keemasan itu.
Separuh masa kedua, keadaan lebih buruk untuk BSS FC. BSS FC yg mula keletihan diasakan bertubi-tubi oleh lawan. Akibatnya, dalam sepuluh minit pertama gol BSS FC dibolosi dua kali untuk kedudukan 0-3. Kedudukan itu menyebabkan BSS FC hilang disiplin dalam padang . Permain terutamanya pertahanan mula meninggalkan posisi mereka untuk naik keatas. Kerap kali bila diasak, hanya ada dua tiga permain pertahanan untuk menyekat barisan penyerang lawan yg lebih ramai. Akibatnya gol BSS FC, bolos 3 kali lagi. Kedudukan akhir, BSS FC tumpas 0-6.
Walaupun dari awal lagi nampak BSS FC akan berhadapan dengan perlawanan sukar kerana usia permain lawan yg jauh lebih muda, tapi tidak semestinya BSS FC tunduk menggalah sehingga hilang disiplin dalam padang bila ketinggalan beberapa gol. Pemain seharusnya terus bermain dengan tenang dan menggekalkan disiplin dalam padang. Pemain pertahan terutamanya tidak boleh meninggalkan posisi mereka semata-mata ingin naik dan menjaringkan gol. Kerana keadaan ini menyebabkan permainan BSS FC kucar kacir di separuh masa kedua. Keadaan yg kucar-kacir itulah yg dieksploitasikan oleh pehak lawan untuk menambah gol. Jadi diharapkan tidak berlaku lagi keadaan seperti itu biar apa pun kedudukan semasa. Gunalah setiap perlawanan untuk berlajar dan membaiki kelemahan masing2. Jangan cepat putus asa