

Ternyata benar pehak lawan kali ini menurunkan kesebelasan utama yang muda dan cergas, Dari awal perlawanan kelebihan stamina dan kepantasan pemain lawan yg muda2 membuatkan barisan pertahanan BSS FC goyah. Hitachi tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama mereka. Kepantasan penyerang muda hitachi tidak dapat dibendung oleh pertahanan BSS FC, dimana beliau dengan mudah membawa bola melepasi barisan pertahan sebelum merembat kuat untuk menewaskan Azhar penjaga gol hari ini. BSS Fc cuba bangkit dengan mengatur gerakan dari sebelah sayap. Hantaran lintang yg opotunis terkena tangan pemain Hitachi dan pengadil terus menghadiahkan tendangan penalti kepada BSS FC. Amran menyempurnakan sepakan tersebut untuk mengikat kedudukan 1-1.
Tapi kedudukan itu tidak kekal lama. Hitachi sekali lagi mengunakan kelajuan penyerangnya untuk membolosi pertahanan BSS FC untuk sekali lagi mendahului 2-1. Permainan terus dikuasai oleh pihak Hitachi dengan BSS FC sekali sekala mengancam pintu gol lawan. Dominasi Hitachi itu membolehkan pasukan tersebut menambah 2 lagi jaringan untuk menutup babak pertama dengan kedudukan 4-1.
Separuh masa kedua tidak banyak berubah dengan Hitachi masih menguasai permainan. Hasilnya dua lagi gol terhasil. Perlawanan berakhir dengan Hitachi menang 6-1.
Ternyata Hitachi bukanlah satu tandingan yg se"level" dengan BSS FC. Pasukan Hitachi yg muda2 belaka adalah pasukan yg menyertai liga kilang di Bandar Baru, Berbanding dengan BSS FC yg hanya berstatus Pasukan Bola Sosial. Jadi perlawanan kali ini ibarat pasukan amateur menentang pasukan semi-pro.
Walaubagaimana pun perlawanan ini ada banyak manafaatnya.
1. Ia memberi satu ukuran kepada BSS FC dimana sebenar tahap permainan pasukan walaupun akhir2 ini kerap mendapat kemenangan.
2. Ia menunjukan dengan jelas dimana kelemahan BSS FC dan dimana bahagian yang perlu dibaiki,
Jadi diharapkan perlawanan ini dapat dijadikan satu titik untuk terus belajar dan maju kehadapan. Orang yg berjaya sentiasa belajar terutama dari kegagalannya,