Perlawanan yg berlangsung di kampus IKBN pada petang Sabtu berkesudahan dengan BSS FC kencundang 0-6 untuk kekalahan ketiga berturut-turut. Keadaan panas terik menyebabkan pemain2 BSS FC cepat keletihan. Ini diburukkan lagi dengan kekurangan pemain yg hanya cukup 11 orang sahaja. Pemain yg keletihan tiada penganti. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk pehak lawan menguasai permainan. Akibatnya separuh masa pertama berkahir dengan ketinggalan 0-3.
Susunan semula dan kehadiran dua lagi pemain2 membolehkan BSS FC mendapatkan nafas baru di separuh masa kedua. BSS FC berjaya mengusai permainan dipermulaan babak kedua. Peluang demi peluang dihasilkan. Namun penyerang banyak mensia-siakan peluang yang ada. Diakhir-akhir perlawanan ramai pemain BSS FC yg jelas keletihan dan ada yg mengalami kekejangan otot. Keletihan barisan pemain BSS FC digunakan sepenuhnya oleh pehak lawan. Hasil gol BSS FC bolos 3 kali diakhir perlawanan. Perlawanan tamat dengan kedudukan 0-6 untuk kekalahan 3 kali berturut2.
Walaupun kalah, permaian BSS FC diseparuh masa kedua banyak memberi kepuasan dan semangat kepada pemain. Dimana ia menunjukan BSS FC boleh mempersembahan satu permainan yg menarik. Cuma kekurangan kecergasan/stamina yg banyak membantutkan kemajuan pasukan
Pemain menunjukkan permainan yang baik dengan hantaran-hantaran tepat. BSSFC banyak menguasai permainan. Bahagian tengah nampak bergaya dengan kawalan bola yang kemas. Cuma bahagian serangan tidak bernasib baik dengan banyak try yang tersasar dan kecekapan penjaga gol lawan. Walaupun tewas tapi kepuasan nampak tergambar di setiap raut muka pemain. Syabas diucapkan kepada semua pemain dan berharap peningkatan ini dapat dikekalkan untuk perlawanan akan datang.
BalasPadamPlayer banyak mandi air panas kot..tu pasal letihh......
BalasPadam