Sabtu, April 10, 2010

Hitachi Aircond Rematch



Ternyata benar pehak lawan kali ini menurunkan kesebelasan utama yang muda dan cergas, Dari awal perlawanan kelebihan stamina dan kepantasan pemain lawan yg muda2 membuatkan barisan pertahanan BSS FC goyah. Hitachi tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama mereka. Kepantasan penyerang muda hitachi tidak dapat dibendung oleh pertahanan BSS FC, dimana beliau dengan mudah membawa bola melepasi barisan pertahan sebelum merembat kuat untuk menewaskan Azhar penjaga gol hari ini. BSS Fc cuba bangkit dengan mengatur gerakan dari sebelah sayap. Hantaran lintang yg opotunis terkena tangan pemain Hitachi dan pengadil terus menghadiahkan tendangan penalti kepada BSS FC. Amran menyempurnakan sepakan tersebut untuk mengikat kedudukan 1-1.
Tapi kedudukan itu tidak kekal lama. Hitachi sekali lagi mengunakan kelajuan penyerangnya untuk membolosi pertahanan BSS FC untuk sekali lagi mendahului 2-1. Permainan terus dikuasai oleh pihak Hitachi dengan BSS FC sekali sekala mengancam pintu gol lawan. Dominasi Hitachi itu membolehkan pasukan tersebut menambah 2 lagi jaringan untuk menutup babak pertama dengan kedudukan 4-1.

Separuh masa kedua tidak banyak berubah dengan Hitachi masih menguasai permainan. Hasilnya dua lagi gol terhasil. Perlawanan berakhir dengan Hitachi menang 6-1.

Ternyata Hitachi bukanlah satu tandingan yg se"level" dengan BSS FC. Pasukan Hitachi yg muda2 belaka adalah pasukan yg menyertai liga kilang di Bandar Baru, Berbanding dengan BSS FC yg hanya berstatus Pasukan Bola Sosial. Jadi perlawanan kali ini ibarat pasukan amateur menentang pasukan semi-pro.

Walaubagaimana pun perlawanan ini ada banyak manafaatnya.
1. Ia memberi satu ukuran kepada BSS FC dimana sebenar tahap permainan pasukan walaupun akhir2 ini kerap mendapat kemenangan.
2. Ia menunjukan dengan jelas dimana kelemahan BSS FC dan dimana bahagian yang perlu dibaiki,
Jadi diharapkan perlawanan ini dapat dijadikan satu titik untuk terus belajar dan maju kehadapan. Orang yg berjaya sentiasa belajar terutama dari kegagalannya,


12 ulasan:

  1. Silap percaturan dan para pemain sendiri tertekan antara antara satu sama lain, tidak mengikut arahan antara faktor ketara diatas kekalahan petang tadi. Pemain harus menyalahkan diatas kelemahan diri sendiri.Tidak berusaha untuk meningkatkan stamina dan mengabaikan dan memandang remeh untuk menghadiri latihan. Pasukan pernah memberi tentangan atau menyaingi dengan pasukan lawan yang jauh lebih muda sebelum ini.

    BalasPadam
  2. kalau kerja waktu pejabat memang tak ada masalah nak turun latihan.dah tahu hanya pasukan bola untuk sosial jgnn baru sekali buat silap dah kena tegur memang tertekan olih pemain sendiri,buat hilang mood nak main. lagi pun bukan nya nak rebut piala .lain kali kalau ada game panggil saja yang turun latihan dan yg banyak stamina.

    BalasPadam
  3. Tidak ada malunya bila kalah dengan pasukan yg sebegitu walaupun dgn jaringan agak besar. Tetapi setiap kekalahan perlulah diambil iktibar dan dikaji demi unutk meningkatkan diri sendiri. Bukanlah satu tekanan yg diberikan cuma satu peringatan sesama kita untuk sama2 maju kehadapan. Semoga suksess selalu.....

    BalasPadam
  4. Hekk.hekk.hekk..reliks bang Din.Tak perr minggu nie kiter lawan team Veteran. Ayat bang Din memang betol org yg suka marah nie sebenarnya yg tertekan. Tak gitu bang Din ?Tapi takpaa kite memang selalu kalah, takder hal punyerr.Jangan putus asa.

    Hek..hekk..hekk

    BalasPadam
  5. Relax semua...Kita otai2 nih memang sensitif..tambahan pulak yang bertopeng mumia ni lagi kasi bakar...Apa guna gua ada dalam padang tapi tak boleh bersuara...ingat main dalam kelambu ker..heh..

    BalasPadam
  6. To all player..jangan ambil hati..banyak sorry ye..especially Mr Norddin...next match why dont Mr Rimaz take over manage team..Take noted

    BalasPadam
  7. dah otai memang cepat terasa .saya tak maksud Mr Soncir yg buat teguran.kalah menang itu biasa lah.apa yg penting kerjasama.Dlm kelambu ada suara baru best tapi jgn kuat sangat(18ssx)

    BalasPadam
  8. Mauahaaaa..Bang Din dah buat lawak sensetif kelambu pulakkkkkk

    BalasPadam
  9. Alamak Mr Sconcir lak sensetif...

    BalasPadam
  10. wonder pack wonder pack bekerjasama..heh

    BalasPadam
  11. Wonder Pet laa sconcir..apa nie buat katun sendiri kerrr..

    BalasPadam
  12. Aalooo.!!
    Again !! apa sudah jadi? Apa yang tidak kena kepada team? tapi tidak apa moral jangan down. Kalau atau menang itu game. Dulu pun BSSFC macam ini juga tapi sekarang dah banyak baik. Dont worry ini semua adalah proses belajar. hope next game will boost team moral.

    Chow dulu...!

    BalasPadam