Ahad, Februari 14, 2010

JAGUH TUMBANG LESU....

Sabtu 13hb Feb 2010. Malam tadi telah berlangsung satu pertandingan karom di suatu lokasi yang dirahsiakan( mengelakkan tekanan ). Tujuan perlawanan tersebut adalah untuk membuktikan kehebatan siapakah best of the best sebagai pemain karom di kawasan setempat. Dengan perlawanan pembukaan berlangsung diantara Mr Puzz jaguh segala jaguh (konon) bertemu dengan Jus Tok Guru yg low profile.(nama dirahsiakan) Perlawanan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung dalam 3 set berlanjutan hingga ke 5 set (atas permintan Jaguh). Pada set pertama seperti biasa jaguh dengan lantangnya menyatakan permainan akan berakhir dengan mudah akhirnya memakan diri sendiri. Tewas dalam set pertama Jaguh bangkit pada set kedua setelah berpeluh jari. Set ketiga dengan mudah Jus Tok Guru mengkitai jaguh kampung untuk menang set ketiga. Menyedari kekalahan semakin menghampiri jaguh Kampung menggandakan usaha namum jentikan lesu menyebabkan kekalahan ketiga buat jaguh kampung. Perlawanan berkesudahan dengan 3-1 namun atas rayuan jaguh perlawanan dilanjutkan best of 5. Jus Tok Guru dengan selamberr katak menyahut cabaran jaguh.

Set seterus dimenangi oleh jaguh setelah Jus Tok Guru beralah untuk menjaga maruh jaguh. Kedudukan menjadi 4-2 dan Jus Tok Guru hanya memerlukan satu set sahaja untuk menutup mulut jaguh yang setiap kali bermula set akan menyatakan permainan mudah. Namun akhirnya jaguh menang set ketiganya untuk menjadikan 4-3. Untuk menutup terus mulut jaguh akhirnya set kelima dengan mudah dimenangi oleh Jus Tok Guru. Akhirnya jaguh telah tumbang kepada ruasnya iaitu Jus Tokk Guru seterusnya Jaguh kita telah mengalami arthritis dan kemurungan.(Kesian)...





Jangan lupa tunggu keputusan perlawanan Jaguh (Mr Puzz) dengan seorang lagi Mr Scon. Keputusan penuh perlawanan malam tadi Jus Tok Guru- 5 Jaguh Kampung- 3.

1 ulasan:

  1. Aalooo.!!
    Apa story niee. Aku pun nak join gak. Mr Puzz ni mana mari. Bagus sangat ker dia. Jus TOk Guru ni brand apa? kalau rasa dah power create satu proper game and than baru tau sapa yang boleh cakap dengan sapa yang perlu diam. Why this jus not mentioning his name.
    By the way i`ve got the arthritis jus if Jaguh needed.
    Chow dulu...!

    BalasPadam