Sabtu, Mac 13, 2010

Peronda Kajang

Perlawanan bolasepak antara BSS FC dan Kontigen polis Kajang yang belangsung petang sabtu berkesudahan dengan BSS FC menang 5-4. BSS FC memulakan perlawanan dengan dengan baik dan mengatur gerak-gerak berbahaya. Hasilnya BSS Fc tidak menunggu lama untuk menjaring kan gol pertama yg dihasilkan oleh Muzamil. Gol kedua menyusul sebentar kemudian. Tendang sudut oleh Ambu di sudahi dengan tandukan gol oleh Mansor. Sebelum tamat babak pertama, Mansor sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga BSS FC. Babak pertama tamat dengan BSS FC mendahului 3-0.

Dengan kedudukan selesa, BSS FC menukar 6 permainnya untuk permulaan babak kedua. Namun kedatangan hujan lebat menyebabkan corak permainan BSS FC kucar kacir. Keadaan ini digunakan sepenuhnya oleh pihak lawan untuk menjaringkan gol pertama. Gol kedua pihak lawan menyusul sebentar kemudian hasil rembatan jauh pemain tengah (yg juga pemain BSS FC yg dipinjamkan). Babak kedua tamat dengan kedudukan 3-2.

Pada permulaan babak ketiga, BSS FC menukar beberapa pemain untuk menguatkan barisan tengah . Namun babak ketiga bermula dengan BSS FC menghadiahkan tendangan penalti kepada pehak lawan. Gol penalti mengikat kedudukan 3-3 sama. Walaupun tertekan dengan keadaan, BSS FC bangkit untuk menjaringlan gol keempat menerusi Mansor hasil hantaran Alif dari sudut kanan. Kemudian kedua-dua pasukan mensia-siakan beberapa peluang keeamasan untuk menjaringkan gol. Dengan permainan tinggal beberapa minit, pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan setelah ketidak sefahaman antara pemain pertahanan membolehkan lawan menjaringkan gol mudah. Terikat 4-4, BSS FC tidak putus asa. Serangan2 bahaya akhirnya menghasilkan tendangan sudut. Tendangan sudut oleh Alif berjaya di tanduk masuk oleh Mansor untuk memastikan BSS FC pulang ceria dengan kemenangan 5-4.

Permain terbaik untuk BSS FC pada kali ini adah Mansor dengan 4 jaringan. Rekod BSS FC pada tahun ini bertambah baik dengan 3 kemenangan, 2 kalah dan 1 seri

Gambar2 lain akan menyusul

13 ulasan:

  1. takper para defend bukan tak sefahaman cuma tak paham antara satu same lain..maklum la dua depen tua ni (stopper & last man) dah gunakan segala pengalaman dan tenaga untuk menangkis ketangkasan penyerang2 muda team lawan tuh..apepun well done to all player...kalau One sungkit ade petang tadi mungkin menjadi banyak jaringan gol sungkit..kite jumpe lagi game akan datang 21hb...

    BalasPadam
  2. Salam..
    Pertama sekali diucapkan tahniah atas satu lagi kejayaan pasukan BSSFC. Pertama-tama sekali saya (Rimaz) ingin memohon MAAF atas segala kecuaian sehingga menyebabkan pasukan lawan memperolehi gol-gol mudah termasuk penalti (Kali kedua dlm 2 perlawanan). Bagaiamana pun pasukan kita berjaya membuang badi (jersi Putih) dengan kemenangan tersebut.
    TQ

    BalasPadam
  3. Salam..
    Saya ingin mengusulkan kepada mereka2 yg terlibat agar menimbang beberapa cadangan saya.
    Cadangan:-
    1- Mengkaji semula posisi pemain2.
    2- Pertukaran pemain dibuat apabila perlu sahaja.Pertukaran drastik hanya akan memusnahkan perancangan awal.
    3- Pemain yg komited shaja dipanggil utk setiap perlawanan.
    4-Jangan masukkan terlalu ramai penyerang dlm sesuatu perlawanan kerana sekiranya berlaku masalah maka pasukan akan rugi. Juga akan berlaku kecelaruan pada mereka.
    5-Sekiranya ramai yg ingin bermain maka wujudkan pasukan kedua. Pemain yg meryerlah diserapkan ke pasukan utama.

    Ini adalah beberapa cadangan dari saya yg dirasakan dapat membantu pasukan kita. Tak guna menghantar pasukan yg carca marba kerana akhirnya kepuasan bermain bola tidak diperolehi.(hanya dapat penat shj). Semua cdgan ini adalah untuk meneruskan kejayaan pasukan kita. Sekiranya anda semua ada sebarang cadangan atau komen silalah maklumkan. Jangan disimpan kerana akan merugikan anda sendiri menanggung stress.

    TQ

    BalasPadam
  4. Depen tua ni laa yg diusung kesana kemari. Org mudo semua nak jadi striker jerrr...mano nak jadi depen. tak glemeerr....

    BalasPadam
  5. sokong No.3 sajer...yang lain tak boleh sebab kita hanya bermain dalam perlawanan friendly..so semua mesti friendly...hati dan perasaan pemain nak kena jage..formation tak yah cakap la..kalau nak disusun ikut posisi dah lame dah kita tak cukup orang sebab tak puas hati tak dapat main..sape yg berani nak tentukan pemain..sepatutnye hanya pengurus yang berkuasa utk menentukan pemain..nak tau kenape buat 3 set, sebab nak bagi semua main la..kalau main match game macam liga ..bole la cakap pemain yang baik saje stay dalam padang...yang lain dudok luar (simpanan seumur hidup..nak ker? so susunan pemain biarlah menjadi rahsia..bukan senang beb..

    BalasPadam
  6. nak cerita sikit pasal komited...kalau bole tak yah senang-senang nak offer mereka untuk menjadi ahli BSSFC...jangan hanya nampak kebolehan dan kemahiran lebih sikit beri advantage mereka untuk bermain ngan BSSFC..kemon la pemain kita yang kucar-kacir dan mat-mat kacau lagi banyak beri sumbangan pada team kita.. yang lain tu kalau bole lucutkan keahlian ..kalau nak duit pulang balik...buat semak rekod sajer...

    BalasPadam
  7. Semua cadangan akan dikaji dan bincang oleh ahli mesyuarat tepi padang pada minggu ini. Sekian terima kasih...

    BalasPadam
  8. Salam.
    Kajian tu bukan untuk tidak memasukkan mereka tapi letakan posisi yg mereka minat(konon) sebab kalau dah ramai yg nak main striker/mid jangan masuk semua sekali. 2nd half kerr 3rd half ker baru masukkan kalau dapat 1 team kasi tukar. Yang depen nie takder lak yang minat tu yang pacik heran tu. Pemain yg komited tu maksud nya mereka yg betul2 naik main. Kadang ada kadang hilang, biler jauh sikit dari pdg semenyih mcm2 alasan. Friendly game memang ler semua leh main tapi kena ada gak strategi dan perancangan kena ada gak pesukan utama. kalau setiap kali game asyik kena sembelih jer buat apa adakan game. Kenapa lak ada yg tak puas hati sebab tak dpt main. Suruh dia pikir kenapa tak dapat main. Yuran tu takder kena mengena dengan friendly game sebab lepas main kena bayar. Citer pasal komited tu kita patut tengok rakan kita 2 org tu punyer laa komited sebab apa? Yg bayar yuran penuh tak dapt main gak tak heran pun. Saya setuju gak keahlian tidak sewenang dibuka. Bukan apa cadangan saya adalah untuk keseronokan bermain jerr. Baru laa orang cakap boleh control game baru seronok main niee asyik kiter jer kena control. Bila permianan dah kucar kacir mula semua semua naik angin.tu yg buat tak syok main. Nama friendly tapi main dlm tension apa citer.

    TQ

    BalasPadam
  9. salam...game hari lawan polis o.k la..tapi kene perbaiki lagi dibahagian tengah dgn defen.. byk bona bocor..

    BalasPadam
  10. nak tambah sikit..pas nie biar la pengurus je yang menentukan player keluar masuk...sebab kapten sendiri pon juge nak kene concentrate game..baru la kurang sikit bocor.heh heh

    BalasPadam
  11. gua tak de dalam gambar...macam tak main je petang tuh

    BalasPadam
  12. Sebab lu tak banyak bergerak tu pasal gambar lu takder. Macam duduk kat ujung padang tepi bendera mana dapat masuk dlm frame.....

    BalasPadam
  13. pasukan peronda kajang pakai waja kalau pakai evo10 makan asap le

    BalasPadam