Isnin, Mei 03, 2010

Match Report: Taman Sutera Simpang Balak


BSS FC tewas untuk kali ke empat berturut-turut setelah tumpas 0-3 kepada Taman Sutera pada petang Ahad 2hb Mei 2010. Seperti dalam perlawanan yg lalu, gawang BSS FC dibolosi diawal perlawanan. Ini banyak menjejaskan semangat pemain2. Walaupun kedudukan 0-1 itu kekal sehingga tamat babak pertama. Ternyata prestasi pasukan amat sekali menurun. Tiada gerakan yg kemas dihasilkan. Pemain2 terutamanya penyerang statik, tiada pergerakan tanpa bola yg boleh membantu kawan untuk membuat hantaran. Akibatnya hantaran banyak tersasar dan bola banyak dikuasai oleh pehak lawan. Beberapa kali pintu gol BSS FC hampir dibolosi lawan lagi diseparuh masa pertama. Hanya ketangkasan Penjaga gol dan ketumpulan barisan penyerang lawan yg menyelamatkan keadaan.

Separuh masa kedua juga tidak banyak berubah walaupun BSS FC menukar beberapa pemain. Malah, gawang BSS FC sekali lagi dibolosi diminit awal pemainan. Gol ketiga juga menyusul tidak lama selepas itu. Sekali lagi ketumpulan penyerang lawan menyelamatkan BSS FC dari kalah lebih besar.

Pada pandangan saya, BSS FC bukan tidak ada pemain yg berkaliber. Malah ramai pemain BSS FC yg mempunyai skill untuk menyerlah dalam setiap perlawanan. Cuma, kekurangan sefahaman dan taktikal membezakan antara BSS FC dgn lawan yang lebih handal. Jadi cadangan saya agar diadakan latihan separuh padang (attacking lawan defending) bagi memantapkan gandingan dan mempratikkan taktikal ataupun formasi.

4 ulasan:

  1. Salam..
    Pembetulan bukan pasukan dari Taman Sutera. Penduduk Taman Sutera tidak kenal mereka..

    TQ

    BalasPadam
  2. Alamak... ni pasukan dari mana da...

    BalasPadam
  3. Salam..

    Nie pasukan dari Simpang Balak,( kilang) bukan dari Kg Simpang Balak.

    TQ

    BalasPadam