Isnin, Mei 17, 2010
Match Report: vs Staff Maybank Training Center
Walaupun bermula dengan baik, BSS FC gagal mempertahankan kedudukan untuk tumpas tipis kepada Staff Maybank Training Center 3-4. BSS FC kali ini berjaya dengan mengejutkan pehak lawan dengan dua gol awal hasil jaring adik beradik , Muzamil dan Muzakir pada 10 minit pertama. Perlawanan dibabak pertama banyak dikuasai oleh BSS FC dengan beberapa cubaan bahaya. Tetapi rentak perlawanan lawan mula berubah bila mendapat gol pertama mereka. Gol penalti yang senang dihadiahkan oleh pertahanan, menaikan semangat lawan untuk mula menguasai permainan. Walaupun kedudukan 2-1 kekal hingga tamat babak pertama, tetapi arus penguasaan permainan telah berpihak kearah lawan.
Babak kedua bermula dengan BSS FC menukar beberap pemain. Namun, lawan masih banyak menguasai bola dengan membuat beberapa gerakan-gerakan bahaya. Hanya kegagalan penyerang lawan dan ketangkasan pertahanan yg menyelamatkan gol BSS FC dari dibolosi. Serangan BSS FC pula lebih berdasar "counter-attack". Dalam satu "counter-attack", rembat Muzamil yg ditepis penjaga gol lawan ditolak masuk oleh adiknya Muzakir untuk menjadikan kedudukan 3-1. Kedudukan itu kekal higga tamat babak kedua.
Babak ketiga banyak rombakan pemain dibuat. Hasilnya, keadaan permainan yg kucar kacir. Pemain keliru dengan posisi masing2 dan meninggal tempat yg kosong untuk mudah dieksploitasi oleh lawan. Ini juga mengakibatkan pehak lawan banyak menguasai bola. Malah ketiga2 gol dibabak ketiga berpunca dari kegagaln berkomunikasi sesama sendiri atau pemain tidak berada di posisi yg ditetapkan. "School boy" error dihukum dengan jaringan oleh pehak lawan. Akhirnya BSS FC tumpas 3-4, setelah mendahuli 3-1 di dua babak awal.
Cadangan untuk game yg akan datang:-
1. Pemain2 perlu serious bila bermain bola walaupun waktu permainan petang. Kelakuan seperti menahan bola dengan mengunakan tangan perlu dielakan. Ini untuk mengelakkan ia menjadi satu tabiat yg terbawak2 waktu perlawanan.
2. Pehak pengurusan/jurulatih perlu menerapkan teori formasi untuk membolehkan pemain memahami "function" dan pergerakkan setiap posisi. Untuk permulaaan, gunakan formasi 4-4-2.
Akhir sekali pehak pengurusan memohon maaf atas ketiadaan jersey pada hari pertandingan. Akibatnya pemain terpaksa memakai "beep" biru yg dipinjamkan oleh pihak lawan. Mungkin itu sedikit sebanyak melemahkan semangat pemain. Harap tak berulang lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semua pemain telah diberi peluang bermain ..Mungkin mereka sendiri dapat menilai prestasi diri masing-masing..tapi takpa yang penting we enjoy the game..perlawanan tetap akan diteruskan dari masa ke semasa..dan apa yang dapat dilihat BSSFC semakin maju.
BalasPadam